Search This Blog

Sunday, November 21, 2010

SELAMAT KEPADA SEMUA PEJUANG

Ayuh seluruh pahlawan dan semua pendekar SiBer. Setelah hampir sebelas purnama untuk 2010 dan hampir 5 tahun kalian telah diberi pelbagai tektik, teknik, dan jurus yang sepatutnya digunakan, nah bermula selasa 23 nov inilah masanya untuk setiap daripada kalian menggunakan kembali. Gunakanlah segala kebijaksanaan dan kepandaian itu. curahkan kembali di dada kertas, catatkan semula semua dan gunakan semula 'jurus2' itu menyelesaikan semua soalan2 yang diberi.
Kalian semua wahai pendekar2 ku seharusnya bertuah. SMK Seri Berang mempunyai berpuluh 'mahaguru' yang telah selama ini melahirkan ratusan pendekar yang telah berada hampir disetiap ipta, ipts seluruh negara. Malah ada yang sekarang berada di luar negara hanya hasil didikan SMK Seri Berang, sebuah sekolah harian biasa di Hulu Terengganu.
Tahun 2010 kini tibalah giliran anda sekalian untuk meneruskan kesinambungan ini. Hasilnya bukan untuk kami, tapi hanya untuk kami jualah...
apa yang boleh direnung dan diingati.. adalah...
"kenapa dengan sekolah yang sama, dengan guru yang sama, pada waktu pengajaran yang sama, rakan anda boleh berjaya, atau abang dan kakak terdahulu boleh berjaya... kenapa aku tak boleh lebih baik dari mereka...."

atau... ingatlah...
guru2 pada setiap tahun sebenarnya tidak pernah kurang mencurahkan ilmu dan pengetahuan mereka, tetapi apabila bertambahnya setahun usia pengajaran guru, mereka sebenarnya menjadi lebih hebat dengan pengalaman, hasilnya... anda seharusnya memberikan result yang lebih hebat....

AYUHHHHHH...... semua warga SMK SERI BERANG...

kita langkahi dengan gagah.. demi untuk kejayaan.. insyaallah..

Tuesday, May 25, 2010

MISI BERMULA

Hari ini bermulalah misi kita bagi pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 menghadapi peperiksaan pertengahan tahun atau OTI2. Peperiksaan ini yang telah beberapa hari bermula bagi pelajar menengah atas sejak beberapa hari lalu.
Bagi kumpulan pelajar di sesi petang, harapannya supaya sentiasa fokus dan menyedari kita mempunyai satu misi sendiri bagi peperiksaan kali ini. Pada dua peperiksaan yang lalu kita telah mampu mencipta dan berjaya mencapai sedikit dari misi kita tetapi kali ini untuk Peperiksaan OTI2 kita mempunyai sasaran dan misi yang lebih besar untuk kita capai. Sesungguhnya tiada yang mustahil untuk dicapai. Usaha dan kesungguhan merupakan satu komitmen dan janji untuk mencapai apa yang kita hajati. Ayuh semua pelajarku, mari kita terus kehadapan.. kita buktikan, kita juga mampu berada di kelompok berkaitan. Mari kita bersama-sama untuk matlamat ini kerana kita sememangnya antara pelajar cemerlang yang BOLEH cemerlang.

BYE BYE ABG ZUL

Selamat jalan Abang Zul dan Selamat datang Kak Sham. Setelah sekian lama abg Zul di pejabat sekolah bersama kita, membantu pihak sekolah dan pelajar dalam pelbagai aktiviti dan acara, malah abang zul yang sering menghiburkan kita dengan nyanyiannya, mungkin selepas ini semuanya hanyalah kenangan. Bermula dari pertengahan Mei yang lalu Abg Zul, kakitangan pejabat kita akan bertukar ke sekolah kebangsaan Kuala Ping dan digantikan dengan Akak Shamsiah Abdullah dari SK Telaga. Kami mengucapkan selamat jalan kepada Abang Zul, terima kasih atas segala sumbangan dan keringat mungkin segala komitmen yang telah Abg Zul curahkan selama ini kepada kami dan pihak sekolah. Harapan kami semoga Abang Zul gembira dengan 'pilihan' baru nya dan jangan lupakan kami. Maafkan kami jika selama ini ada tutur kata, tingkah bicara dan mungkin juga senda yang menguris hati Abang Zul. Selamat maju jaya abang zul.
Kepada Akak Shamsiah, selamat datang kami ucapkan, selamat menjadi warga kami dan terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian dari 'keluarga' kami.

TA TA TA BYE BYE BYE Abang Zul, Ahlam wA sALAM aKAK shAMSIAH

Sunday, May 23, 2010

MISI HARI GURU 2010

Sempena sambutan hari guru yang akan diadakan, Pejabat Pelajaran Hulu Terengganu telah mengadakan beberapa pertandingan khas kepada semua sekolah yang berada di Daerah Hulu Terengganu. Pertandingan ini merupakan suatu tradisi yang melibatkan sekolah menengah dan sekolah rendah Daerah Hulu Terengganu. Terdapat hampir 16 kategori pertandingan antaranya seperti Kelas Paling Kondusif, Pusat sumber Terbaik, Tandas Terbaik, Kanting Terbaik, lanskap Terbaik, Kelas Prasekolah Terbaik, Pejabat dan Bilik Guru Terbaik,asrama Terbaik, SKM Terbaik, Kelas Pemulihan Terbaik, Surau Terbaik, Bilik Bimbingan dan Kaunseling Terbaik, Bilik Kesihatan Terbaik, Bilik Bos Terbaik, Kelas PKIBP terbaik dan Bilik Makmal Komputer Terbaik.
Pertandingan ini juga telah menetapkan pelbagai kriteria tertentu yang akan menentukan sesebuah sekolah itu akan berjaya memenangi setiap kategori yang dipertandingan. Bagi sekolah menengah, pertandingan ini akan diadili secara zon bagi pemilihan yang pertama. Johan bagi zon akan melayakkan sesebuah sekolah untuk keperingkat seterusnya.
SMK Seri Berang sememangnya sentiasa serius dalam setiap pertandingan. Pernah memenangi banyak kategori yang telah dipertandingkan, maka misi 2010 pada kali ini adalah memastikan SMK Seri Berang akan memberikan persaingan yang sengit kepada sekolah-sekolah lain bagi setiap kategori tersebut, terutama kategori yang layak untuk SMK Seri Berang pertandingkan.
Hari ini, telah hadir tiga kumpulan hakim peringkat kedua yang menandakan SMK Seri Berang telah menang peringkat peringkat zon untuk ke peringkat seterusnya. Antaranya adalah Landskap terbaik, Kelas Kondusif, Makmal Komputer terbaik dan Bilik Kesihatan Terbaik. Hakim-hakim yang hadir kali ini merupakan pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah yang telah ditetapkan setiap kategori masing-masing untuk diadili, antaranya ialah En Mat Hassan bin Mat Rahim (Landskap), En Arifin dan En Azman Mohd Nor (Makmal Komputer dan Kelas Kondusif) serta Tn Hj Hamshuhaimi bagi Bilik Kesihatan.
Kita juga sedang menantikan Hakim bagi menilai Kelas PKIBP yang bertanding bagi sekolah-sekolah yang mempunyai aliran berkenaan dan beberapa kategori lain.
Kita juga sedar, bahawa 'nombor satu itu hanya satu' namun kita sentiasa akan memberi persaingan maksimum kepada sekolah-sekolah lain bagi ketegori berkaitan. Apa yang penting adalah, jika kita menang, kita ingin memastikan kemenangan kita adalah 'kemenangan bergaya' dan jika walau kita tewas, kita akan pastikan, 'tewas' kita adalah setelah melawan dengan segala persaingan secara 'anak jantan'

Tahniah dan terus maju seri berang

"proud to be Seri Berian"

Thursday, May 20, 2010

Wednesday, May 19, 2010

PERTANDINGAN WAU SESI PETANG

Sempena Hari Kokurikulum setiap hari selasa, pada 18 Mei 2010 yang lalu, pelajar sesi petang SMK Seri Berang telah terlibat dalam aktiviti kokurikulum di bawah tajuk Kraf tangan. Wau telah dipilih sebagai alat untuk setiap pasukan unit uniform sediakan untuk di buat pada perjumpaan kali ini. Dua kategori telah disediakan, iaitu Wau paling cantik dan Wau Naik paling tinggi.

Tuesday, May 18, 2010

SELAMAT HARI GURU

"Amanah Yang Diberi,
Kami Tak Persiakan,
Apa Yang Kami Janji,
Tunai tetap Kami Tunaikan"

Inilah antara kata-kata keramat yang dinyanyikan dan dijanjikan oleh guru pada setiap 16 Mei setiap Tahun. Bermula sewaktu latihan keguruan di Maktab atau di Universiti setiap guru akan menyambut tarikh tersebut sebagai Hari Guru. Mungkin pendapat ada mengatakan, seharusnya sambutan Hari Guru, sepatut Guru berehat dan menikmati hari tersebut tanpa memikirkan sebarang permasalahan pelajar di sekolah, namun tanpa pelajar siapalah guru. Rasanya kebanyakkan guru lebih seronok untuk meyambut 'Hari Mereka' dengan pelajar mereka di sekolah. Terbayang juga SMS penuh makna yang dikirimkan oleh pelajar dan rakan guru, terbayang juga pelbagai ungkapan kiriman yang ditujukan khas untuk para guru dan yang penting bagi seorang guru.... bukan hadiah dan ganjaran yang kami perlukan... cukuplah sekadar terima kasih dan salam ingatan apabila pelajar kami berjaya mencipta setiap kejayaan, atau pelajar kami yang tamat persekolahan berjaya menjadi 'ORANG'

Terima Kasih Semua Warga SMK Seri Berang

Bulan Mei merupakan bulan untuk Kementerian Pelajaran. Malah mungkin dalam bahasa lain boleh disebut sebagai bulan untuk semua pekerja. Di awal bulan Mei kita dah menyambutnya dengan Sambutan Hari Pekerja, kemudiannya 15 Mei pula merupakan Hari Belia Kebangsaan yang tahun ini disambut di Putrajaya Kuala Lumpur.
Pada Bulan Mei juga bagi institusi pendidikan terdapat pula Sambutan Hari Guru. Kali ini, sebelum sambutan tersebut berlangsung, Kementerian Pelajaran telah menganjurkan Program Gotong Royong Perdana yang melibatkan semua sekolah seluruh Malaysia. Malah SMK Seri Berang turut bersama dalam program ini.
Terima Kasih diucapkan kepada semua pelajar, guru-guru, pembantu makmal,staf sokongan termasuk pekerja Swasta malah kepada pengawal Keselamatan juga yang telah terlibat di dalam satu aktiviti peringkat Nasional ini. SMK Seri Berang jelas kelihatan bertukar 'wajah' dan 'pakaian' hasil dari gotong royong yang diadakan ini. Syabas dan tahniah atas segala sokongan dan dokongan yang setiap ahli warga sekolah yang terlibat dalam program ini. Terima Kasih Semua.

"Proud to be Seri Berian"

Sunday, March 14, 2010

Are we buliding the best "home!"

An elderly carpenter was ready to retire. He told his employer cum contractor of his plan to leave the house buliding business to live a more leisurely life with his wife and enjoy his extenden family. He would miss the paycheck(salary) each week, but he wanted to retire. They could survive.
The contractor was sorry to see his good worker leave. The contractor asked if the worker could buld just one more house as a personal favour. The carpenter agreed, but over time it was easy to see that his heart was not in his work. He resorted to shoddy workmanship and used inferior materials. It was an unfortunate way to end a dedicated career.
As the senior carpenter finished his project, his employer came to inspect the house. Then he handed the front-door key to the carpenter and said. " This is your house.... my gift to you"
The carpenter was shocked!
What a shamed! If he had only known he was buliding his own house, he wpuld have done it all so differently.
So, my fellow friends,...we build our lives a day at a time, often putting less than our best into the building. Then with a shock, we realize we have to live in the house we have built. If we could do it over, we would do it much better and much differently. However, we cannotmgo back. You are the carpenter, and every day yiu hammer a nail, place a board or paint the wall. Someone said, "LIfe is a do-it-yourself project". Your attitude and the choices you make today, help build the "house" you will live in tomorrow. Therefore build wisely and carefully.

Wednesday, March 10, 2010

SELAMAT DATANG PEMANTAU SPPK

Hari ini 10 Mac 2010, sekolah kita akan didatangi oleh pihak Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan (SPPK), Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Pasukan ini turut juga memantau beberapa buah sekolah lain di Daerah Hulu Terengganu dan seluruh sekolah-sekolah Negeri Terengganu yang telah bermula semenjak dari awal Febuari lagi. Menurut makluman, pasukan ini akan meninjau perjalanan sekolah terutamanya berkaitan Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum sekolah.
SMK Seri Berang yang sering menerima kunjungan sebegini sentiasa mengalu-alukan sebarang lawatan ke sekolah demi penambahbaikan sekolah dan menjadikan sekolah ini lebih cemerlang.
Seluruh warga SMK Seri Berang mengucapkan selamat datang kepada pasukan pemantau SPPK dari Jabatan Pelajaran ini.

Sunday, February 28, 2010

Hari Bertemu Pelanggan

Pengumuman kepada semua komuniti dan masyarakat sekitar Kuala Berang. Hari Bertemu pelanggan SMK Seri Berang untuk Bulan Mac akan diadakan seperti jadual berikut:

Hari : Rabu
Jam : 11 - 1 Tengahari
Tarikh : 3 Mac 2010
Tempat : Dewan Gemilang, SMK Seri Berang

Semua Dijemput Hadir, terutama Ibu bapa / Penjaga

Friday, February 26, 2010

Pembimbing Akademik Geografi PMR 2010

Tahniah diucapkan kepada semua Fasilitator Pembimbing Akademik Form Four To Form Three (F4TF3) Geografi PMR 2010 kerana telah berjaya menunaikan tanggungjawab sosial kepada adik-adik tingkatan 3. Program yang berlangsung pada 4 & 5 Februari 2010 yang lepas adalah sebagai penghargaan sekolah atas kejayaan mereka memperoleh pencapaian cemerlang ”A” dalam mata pelajaran Geografi PMR tahun 2009. Program ini juga diharap mencapai objektif seagaimana berikut;

1. Menggerakkan pelajar supaya sentiasa bersedia untuk belajar mata pelajaran Geografi,
2. Memberi pendedahan kaedah dan semangat kepada pelajar Tingkatan 4 membimbing pelajarTingkatan 3.
3. Memberi penghargaan dan rasa kebertanggungjawaban pelajar Cemerlang Geografi Tahun 2009 kepada pelajar PMR 2010.
4. Menjadikan perkongsian ilmu dan kemahiran sebagai budaya yang segar dalam kalangan pelajar SMK Seri Berang.
5. Mempastikan pencapaian mata pelajaran Geografi PMR 2010 meningkat secara berganda.


Sebagai menghargai sumbangan mereka membimbing pelajar tingkatan 3 tahun ini dan menghargai pencapaian cemerlang mereka tahun 2009 maka pada 28 Februari 2010 jam 2.00 petang mereka akan dijemput kemajlis jamuan dan penyampaian sijil.

Thursday, February 25, 2010

Tahniah Aishah


Tahniah kepada Siti Aishah Latif, Pelajar kita yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM 2009. Warga SMK seri Berang juga mengucapkan tahniah kepada semua pelajar lain yang turut berjaya dalam peperiksaan berkenaan. Kepada pelajar yang mungkin mendapat keputusan yang kurang daripada jangkaan asal, harapan kami, jadikan ia sebagai pendorong semangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang mungkin akan diperolehi dalam bentuk yang berbeza. Pencapaian keputusan peperiksaan yang cemerlang sahaja bukanlah merupakan satu 'penamat dunia' tetapi inilah asam garam kehidupan yang hadir sekejap memberikan keceriaan atau penawar kepada setengah golongan manusia. Mungkin juga boleh merupakan satu 'serangan' yang menyakitkan kepada setengah manusia yang lain.
Walau apa pun keputusannya, nasihat kami yang lebih penting adalah sedaya mana anda bijak mencari dan mengekplotasikan kehidupan untuk kejayaan anda yang lebih gemilang daripada keputusan anda yang cemerlang. Malah anda harus juga bermuhasabah diri, adakah dengan keputusan yang mungkin seharusnya anda boleh capai lebih baik atau tidak segemilang keputusan sahabat yang lain, maka anda terus mengalah, berundur dan biarkan hanya takdir menentukan nasib diri anda tanpa sebarang usaha mencari satu kejayaan lain yang boleh dibanggakan. Ingatlah semua bekas pelajar SMK Seri Berang, kami warga guru sebenarnya sentiasa mengiringi kejayaan dan berdoa supaya setiap pelajar kami berjaya menjadi 'orang' di 'luar' bersama masyarakat

PERJUANGAN BERMULA

Pasukan Bolasepak SMK Seri Berang akan menyertai Kejohanan Bolasepak MSSDHT yang diadakan pada 25 dan 27 Februari 2010 di Padang Bolasepak Belia Kuala Telemong. Pasukan bolasepak SMK Seri Berang mengandungi 15 orang pemain di bawah En Shahrolnorakman dan dibantu oleh En Shamsuddin sebagai pengurus pasukan. Pasukan kita akan bertemu dengan pasukan dari SMK Kuala Telemong pada jam 3.10. Pasukan kita juga dijangka akan bertemu dengan pasukan SMK Imtiaz, Kuala Berang pada perlawanan kedua pada jam 5.50 petang.
Ayuh, semua warga kaum kerabat SMK Seri Berang berikan sokongan anda kepada pasukan kita. Ingatlah, anda juga merupakan pemain ketiga untuk pasukan SMK Seri Berang sebagai penyokong dan pembakar semangat....

Selamat Berjuang dan semoga berjaya TEAM BOLASEPAK SMK SERI BERANG

update...5.00 pm

Perlawanan Pertama
SMKSB vs SMK Telemong
Keputusan Seri 1 - 1

update... 7.00 pm

Perlawanan Kedua
SMKSB vs IMTIAZ
Keputusan.. Menang 5 - 0

TAHNIAH SMKSB

TRAMPIL UNGGUL GEMILANG

SIJIL SPM TAHUN 2008

Pihak sekolah telah menerima sijil SPM Pelajar SMK Seri Berang Tahun 2008 pada 11 Februari 2010.Sijil tersebut telah diserahkan oleh unit peperiksaan PPDHT. Kepada semua bekas pelajar SMK Seri Berang yang hendak mengambil sijil SPM Tahun 2008 boleh didapati di Pejabat SMK Seri Berang pada waktu pejabat melalui En Shaari bin Jusoh.

Semoga anda semua terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang

Sasaran 2010



Semenjak awal bulan Febuari 2010 seperti kebiasaannya SMK Seri Berang yang sentiasa berusaha untuk memastikan setiap pelajar mereka berjaya dalam peperiksaan telah memulakan sesi kelas tambahan di setiap petang dan waktu malam. Komitmen guru-guru terhadap pencapaian untuk kecemerlangan pelajar di sebalik semua kesibukkan lain tetap menjadi agenda utama. Inilah merupakan kunci utama kejayaan dan pencapaian setiap pelajar SMK Seri Berang selama ini. Walaupun kelahiran sekolah ini masih diusia 'setahun jagung' tetapi 'kemenjadian' pelajarnya tetap boleh dibanggakan. Seri Berang hanyalah sebuah sekolah harian biasa yang berada di sebuah daerah Hulu Terengganu namun bekas pelajar-pelajarnya sekarang telah berada hampir di setiap pelusok negara dan telah menembusi hampir setiap IPTA dan IPTS negara. Malah sebagai guru, kami turut berbangga apabila diberitakan pelajar kami kini turut berada di beberapa universiti luar negara setaraf dengan pelajar-pelajar sekolah luar yang lebih 'senior'.

SEKITAR KEM SOLAT DI HARI PERTAMA






Alhamdulillah, itulah antara perkataan yang boleh disuarakan. Perjalanan kem solat di hari pertama berjaya dijalankan. Semua fasillitator yang juga merupakan guru-guru SMK Seri Berang nampaknya bertungkus lumus memastikan setiap seorang dari pelajar telah benar-benar menguasai satu fardhu islam yang sangat utama ini.

Wednesday, February 24, 2010

KEM SOLAT TINGKATAN 1


Hari ini 24 hingga 25 Febuari 2010, pelajar sesi petang akan mengikuti kem solat yang diadakan di dewan gemilang sekolah. Program yang melibatkan semua pelajar tingkatan 1 ini telah disusun oleh Kaunselor Pelajar sesi petang, Pn Julaini Marzuki dengan dibantu sepenuhnya oleh Ustz Norkasimah Salleh. Menurut mereka, program berkenaan telah disusun dengan membahagikan pelajar berkaitan kepada 13 kumpulan LDK yang akan dibimbing oleh guru-guru sesi petang sekolah. Pelajar ini akan dilihat dan mempraktikkan semua perbuatan dalam sembahyang fardhu yang termasuk mengambik wuduk dan bacaan dalam sembahyang. Selain itu, amali dan sesi praktikal berkaitan tatacara sembahyang seperti masbuk dan muafiq juga akan didedahkan.
Harapan kami selepas kem ini, pelajar akan arif dan boleh menunaikan solat lima waktu ini dengan kaedah dan cara yang betul, Insyallah.

selamat datang ke SMK Seri Berang

selamat datang kepada semua pengunjung blog smk seri berang. Blog yang dibangunkan ini adalah sebagai satu usaha untuk memaklumkan kepada pelajar dan semua pengunjung blog perihal perkembangan dan peristiwa yang telah/sedang dan akan berlaku di smk seri berang