Search This Blog

Thursday, February 25, 2010

Sasaran 2010



Semenjak awal bulan Febuari 2010 seperti kebiasaannya SMK Seri Berang yang sentiasa berusaha untuk memastikan setiap pelajar mereka berjaya dalam peperiksaan telah memulakan sesi kelas tambahan di setiap petang dan waktu malam. Komitmen guru-guru terhadap pencapaian untuk kecemerlangan pelajar di sebalik semua kesibukkan lain tetap menjadi agenda utama. Inilah merupakan kunci utama kejayaan dan pencapaian setiap pelajar SMK Seri Berang selama ini. Walaupun kelahiran sekolah ini masih diusia 'setahun jagung' tetapi 'kemenjadian' pelajarnya tetap boleh dibanggakan. Seri Berang hanyalah sebuah sekolah harian biasa yang berada di sebuah daerah Hulu Terengganu namun bekas pelajar-pelajarnya sekarang telah berada hampir di setiap pelusok negara dan telah menembusi hampir setiap IPTA dan IPTS negara. Malah sebagai guru, kami turut berbangga apabila diberitakan pelajar kami kini turut berada di beberapa universiti luar negara setaraf dengan pelajar-pelajar sekolah luar yang lebih 'senior'.

No comments:

Post a Comment