Search This Blog

Tuesday, May 18, 2010

Terima Kasih Semua Warga SMK Seri Berang

Bulan Mei merupakan bulan untuk Kementerian Pelajaran. Malah mungkin dalam bahasa lain boleh disebut sebagai bulan untuk semua pekerja. Di awal bulan Mei kita dah menyambutnya dengan Sambutan Hari Pekerja, kemudiannya 15 Mei pula merupakan Hari Belia Kebangsaan yang tahun ini disambut di Putrajaya Kuala Lumpur.
Pada Bulan Mei juga bagi institusi pendidikan terdapat pula Sambutan Hari Guru. Kali ini, sebelum sambutan tersebut berlangsung, Kementerian Pelajaran telah menganjurkan Program Gotong Royong Perdana yang melibatkan semua sekolah seluruh Malaysia. Malah SMK Seri Berang turut bersama dalam program ini.
Terima Kasih diucapkan kepada semua pelajar, guru-guru, pembantu makmal,staf sokongan termasuk pekerja Swasta malah kepada pengawal Keselamatan juga yang telah terlibat di dalam satu aktiviti peringkat Nasional ini. SMK Seri Berang jelas kelihatan bertukar 'wajah' dan 'pakaian' hasil dari gotong royong yang diadakan ini. Syabas dan tahniah atas segala sokongan dan dokongan yang setiap ahli warga sekolah yang terlibat dalam program ini. Terima Kasih Semua.

"Proud to be Seri Berian"

No comments:

Post a Comment