Search This Blog

Wednesday, February 24, 2010

KEM SOLAT TINGKATAN 1


Hari ini 24 hingga 25 Febuari 2010, pelajar sesi petang akan mengikuti kem solat yang diadakan di dewan gemilang sekolah. Program yang melibatkan semua pelajar tingkatan 1 ini telah disusun oleh Kaunselor Pelajar sesi petang, Pn Julaini Marzuki dengan dibantu sepenuhnya oleh Ustz Norkasimah Salleh. Menurut mereka, program berkenaan telah disusun dengan membahagikan pelajar berkaitan kepada 13 kumpulan LDK yang akan dibimbing oleh guru-guru sesi petang sekolah. Pelajar ini akan dilihat dan mempraktikkan semua perbuatan dalam sembahyang fardhu yang termasuk mengambik wuduk dan bacaan dalam sembahyang. Selain itu, amali dan sesi praktikal berkaitan tatacara sembahyang seperti masbuk dan muafiq juga akan didedahkan.
Harapan kami selepas kem ini, pelajar akan arif dan boleh menunaikan solat lima waktu ini dengan kaedah dan cara yang betul, Insyallah.

2 comments:

  1. insya ALLAH.. semoga usaha murni warga guru2 dapat menghasilkan pelajar SMKSB yang cemerlang

    ReplyDelete
  2. semoga anak-anak didik kita akan sentiasa melaksanakan ibadah solat dengan sempurna dan konsisten. Semoga menjadi insan yang berakhlak mulia....

    ReplyDelete