Search This Blog

Sunday, May 23, 2010

MISI HARI GURU 2010

Sempena sambutan hari guru yang akan diadakan, Pejabat Pelajaran Hulu Terengganu telah mengadakan beberapa pertandingan khas kepada semua sekolah yang berada di Daerah Hulu Terengganu. Pertandingan ini merupakan suatu tradisi yang melibatkan sekolah menengah dan sekolah rendah Daerah Hulu Terengganu. Terdapat hampir 16 kategori pertandingan antaranya seperti Kelas Paling Kondusif, Pusat sumber Terbaik, Tandas Terbaik, Kanting Terbaik, lanskap Terbaik, Kelas Prasekolah Terbaik, Pejabat dan Bilik Guru Terbaik,asrama Terbaik, SKM Terbaik, Kelas Pemulihan Terbaik, Surau Terbaik, Bilik Bimbingan dan Kaunseling Terbaik, Bilik Kesihatan Terbaik, Bilik Bos Terbaik, Kelas PKIBP terbaik dan Bilik Makmal Komputer Terbaik.
Pertandingan ini juga telah menetapkan pelbagai kriteria tertentu yang akan menentukan sesebuah sekolah itu akan berjaya memenangi setiap kategori yang dipertandingan. Bagi sekolah menengah, pertandingan ini akan diadili secara zon bagi pemilihan yang pertama. Johan bagi zon akan melayakkan sesebuah sekolah untuk keperingkat seterusnya.
SMK Seri Berang sememangnya sentiasa serius dalam setiap pertandingan. Pernah memenangi banyak kategori yang telah dipertandingkan, maka misi 2010 pada kali ini adalah memastikan SMK Seri Berang akan memberikan persaingan yang sengit kepada sekolah-sekolah lain bagi setiap kategori tersebut, terutama kategori yang layak untuk SMK Seri Berang pertandingkan.
Hari ini, telah hadir tiga kumpulan hakim peringkat kedua yang menandakan SMK Seri Berang telah menang peringkat peringkat zon untuk ke peringkat seterusnya. Antaranya adalah Landskap terbaik, Kelas Kondusif, Makmal Komputer terbaik dan Bilik Kesihatan Terbaik. Hakim-hakim yang hadir kali ini merupakan pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah yang telah ditetapkan setiap kategori masing-masing untuk diadili, antaranya ialah En Mat Hassan bin Mat Rahim (Landskap), En Arifin dan En Azman Mohd Nor (Makmal Komputer dan Kelas Kondusif) serta Tn Hj Hamshuhaimi bagi Bilik Kesihatan.
Kita juga sedang menantikan Hakim bagi menilai Kelas PKIBP yang bertanding bagi sekolah-sekolah yang mempunyai aliran berkenaan dan beberapa kategori lain.
Kita juga sedar, bahawa 'nombor satu itu hanya satu' namun kita sentiasa akan memberi persaingan maksimum kepada sekolah-sekolah lain bagi ketegori berkaitan. Apa yang penting adalah, jika kita menang, kita ingin memastikan kemenangan kita adalah 'kemenangan bergaya' dan jika walau kita tewas, kita akan pastikan, 'tewas' kita adalah setelah melawan dengan segala persaingan secara 'anak jantan'

Tahniah dan terus maju seri berang

"proud to be Seri Berian"

No comments:

Post a Comment