Search This Blog

Thursday, February 25, 2010

Tahniah Aishah


Tahniah kepada Siti Aishah Latif, Pelajar kita yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM 2009. Warga SMK seri Berang juga mengucapkan tahniah kepada semua pelajar lain yang turut berjaya dalam peperiksaan berkenaan. Kepada pelajar yang mungkin mendapat keputusan yang kurang daripada jangkaan asal, harapan kami, jadikan ia sebagai pendorong semangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang mungkin akan diperolehi dalam bentuk yang berbeza. Pencapaian keputusan peperiksaan yang cemerlang sahaja bukanlah merupakan satu 'penamat dunia' tetapi inilah asam garam kehidupan yang hadir sekejap memberikan keceriaan atau penawar kepada setengah golongan manusia. Mungkin juga boleh merupakan satu 'serangan' yang menyakitkan kepada setengah manusia yang lain.
Walau apa pun keputusannya, nasihat kami yang lebih penting adalah sedaya mana anda bijak mencari dan mengekplotasikan kehidupan untuk kejayaan anda yang lebih gemilang daripada keputusan anda yang cemerlang. Malah anda harus juga bermuhasabah diri, adakah dengan keputusan yang mungkin seharusnya anda boleh capai lebih baik atau tidak segemilang keputusan sahabat yang lain, maka anda terus mengalah, berundur dan biarkan hanya takdir menentukan nasib diri anda tanpa sebarang usaha mencari satu kejayaan lain yang boleh dibanggakan. Ingatlah semua bekas pelajar SMK Seri Berang, kami warga guru sebenarnya sentiasa mengiringi kejayaan dan berdoa supaya setiap pelajar kami berjaya menjadi 'orang' di 'luar' bersama masyarakat

1 comment:

  1. sy doakn smoge psukan bola sepak smk seri berang meraih johan.insyaAllah...
    kpd cg shahrol,truskn usha anda smge dpt mlhirkn lbh rmai pemain bola sepak sek.
    ajak2 fighting....

    ReplyDelete