Search This Blog

Tuesday, May 25, 2010

MISI BERMULA

Hari ini bermulalah misi kita bagi pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 menghadapi peperiksaan pertengahan tahun atau OTI2. Peperiksaan ini yang telah beberapa hari bermula bagi pelajar menengah atas sejak beberapa hari lalu.
Bagi kumpulan pelajar di sesi petang, harapannya supaya sentiasa fokus dan menyedari kita mempunyai satu misi sendiri bagi peperiksaan kali ini. Pada dua peperiksaan yang lalu kita telah mampu mencipta dan berjaya mencapai sedikit dari misi kita tetapi kali ini untuk Peperiksaan OTI2 kita mempunyai sasaran dan misi yang lebih besar untuk kita capai. Sesungguhnya tiada yang mustahil untuk dicapai. Usaha dan kesungguhan merupakan satu komitmen dan janji untuk mencapai apa yang kita hajati. Ayuh semua pelajarku, mari kita terus kehadapan.. kita buktikan, kita juga mampu berada di kelompok berkaitan. Mari kita bersama-sama untuk matlamat ini kerana kita sememangnya antara pelajar cemerlang yang BOLEH cemerlang.

BYE BYE ABG ZUL

Selamat jalan Abang Zul dan Selamat datang Kak Sham. Setelah sekian lama abg Zul di pejabat sekolah bersama kita, membantu pihak sekolah dan pelajar dalam pelbagai aktiviti dan acara, malah abang zul yang sering menghiburkan kita dengan nyanyiannya, mungkin selepas ini semuanya hanyalah kenangan. Bermula dari pertengahan Mei yang lalu Abg Zul, kakitangan pejabat kita akan bertukar ke sekolah kebangsaan Kuala Ping dan digantikan dengan Akak Shamsiah Abdullah dari SK Telaga. Kami mengucapkan selamat jalan kepada Abang Zul, terima kasih atas segala sumbangan dan keringat mungkin segala komitmen yang telah Abg Zul curahkan selama ini kepada kami dan pihak sekolah. Harapan kami semoga Abang Zul gembira dengan 'pilihan' baru nya dan jangan lupakan kami. Maafkan kami jika selama ini ada tutur kata, tingkah bicara dan mungkin juga senda yang menguris hati Abang Zul. Selamat maju jaya abang zul.
Kepada Akak Shamsiah, selamat datang kami ucapkan, selamat menjadi warga kami dan terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian dari 'keluarga' kami.

TA TA TA BYE BYE BYE Abang Zul, Ahlam wA sALAM aKAK shAMSIAH

Sunday, May 23, 2010

MISI HARI GURU 2010

Sempena sambutan hari guru yang akan diadakan, Pejabat Pelajaran Hulu Terengganu telah mengadakan beberapa pertandingan khas kepada semua sekolah yang berada di Daerah Hulu Terengganu. Pertandingan ini merupakan suatu tradisi yang melibatkan sekolah menengah dan sekolah rendah Daerah Hulu Terengganu. Terdapat hampir 16 kategori pertandingan antaranya seperti Kelas Paling Kondusif, Pusat sumber Terbaik, Tandas Terbaik, Kanting Terbaik, lanskap Terbaik, Kelas Prasekolah Terbaik, Pejabat dan Bilik Guru Terbaik,asrama Terbaik, SKM Terbaik, Kelas Pemulihan Terbaik, Surau Terbaik, Bilik Bimbingan dan Kaunseling Terbaik, Bilik Kesihatan Terbaik, Bilik Bos Terbaik, Kelas PKIBP terbaik dan Bilik Makmal Komputer Terbaik.
Pertandingan ini juga telah menetapkan pelbagai kriteria tertentu yang akan menentukan sesebuah sekolah itu akan berjaya memenangi setiap kategori yang dipertandingan. Bagi sekolah menengah, pertandingan ini akan diadili secara zon bagi pemilihan yang pertama. Johan bagi zon akan melayakkan sesebuah sekolah untuk keperingkat seterusnya.
SMK Seri Berang sememangnya sentiasa serius dalam setiap pertandingan. Pernah memenangi banyak kategori yang telah dipertandingkan, maka misi 2010 pada kali ini adalah memastikan SMK Seri Berang akan memberikan persaingan yang sengit kepada sekolah-sekolah lain bagi setiap kategori tersebut, terutama kategori yang layak untuk SMK Seri Berang pertandingkan.
Hari ini, telah hadir tiga kumpulan hakim peringkat kedua yang menandakan SMK Seri Berang telah menang peringkat peringkat zon untuk ke peringkat seterusnya. Antaranya adalah Landskap terbaik, Kelas Kondusif, Makmal Komputer terbaik dan Bilik Kesihatan Terbaik. Hakim-hakim yang hadir kali ini merupakan pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah yang telah ditetapkan setiap kategori masing-masing untuk diadili, antaranya ialah En Mat Hassan bin Mat Rahim (Landskap), En Arifin dan En Azman Mohd Nor (Makmal Komputer dan Kelas Kondusif) serta Tn Hj Hamshuhaimi bagi Bilik Kesihatan.
Kita juga sedang menantikan Hakim bagi menilai Kelas PKIBP yang bertanding bagi sekolah-sekolah yang mempunyai aliran berkenaan dan beberapa kategori lain.
Kita juga sedar, bahawa 'nombor satu itu hanya satu' namun kita sentiasa akan memberi persaingan maksimum kepada sekolah-sekolah lain bagi ketegori berkaitan. Apa yang penting adalah, jika kita menang, kita ingin memastikan kemenangan kita adalah 'kemenangan bergaya' dan jika walau kita tewas, kita akan pastikan, 'tewas' kita adalah setelah melawan dengan segala persaingan secara 'anak jantan'

Tahniah dan terus maju seri berang

"proud to be Seri Berian"

Thursday, May 20, 2010

Wednesday, May 19, 2010

PERTANDINGAN WAU SESI PETANG

Sempena Hari Kokurikulum setiap hari selasa, pada 18 Mei 2010 yang lalu, pelajar sesi petang SMK Seri Berang telah terlibat dalam aktiviti kokurikulum di bawah tajuk Kraf tangan. Wau telah dipilih sebagai alat untuk setiap pasukan unit uniform sediakan untuk di buat pada perjumpaan kali ini. Dua kategori telah disediakan, iaitu Wau paling cantik dan Wau Naik paling tinggi.

Tuesday, May 18, 2010

SELAMAT HARI GURU

"Amanah Yang Diberi,
Kami Tak Persiakan,
Apa Yang Kami Janji,
Tunai tetap Kami Tunaikan"

Inilah antara kata-kata keramat yang dinyanyikan dan dijanjikan oleh guru pada setiap 16 Mei setiap Tahun. Bermula sewaktu latihan keguruan di Maktab atau di Universiti setiap guru akan menyambut tarikh tersebut sebagai Hari Guru. Mungkin pendapat ada mengatakan, seharusnya sambutan Hari Guru, sepatut Guru berehat dan menikmati hari tersebut tanpa memikirkan sebarang permasalahan pelajar di sekolah, namun tanpa pelajar siapalah guru. Rasanya kebanyakkan guru lebih seronok untuk meyambut 'Hari Mereka' dengan pelajar mereka di sekolah. Terbayang juga SMS penuh makna yang dikirimkan oleh pelajar dan rakan guru, terbayang juga pelbagai ungkapan kiriman yang ditujukan khas untuk para guru dan yang penting bagi seorang guru.... bukan hadiah dan ganjaran yang kami perlukan... cukuplah sekadar terima kasih dan salam ingatan apabila pelajar kami berjaya mencipta setiap kejayaan, atau pelajar kami yang tamat persekolahan berjaya menjadi 'ORANG'

Terima Kasih Semua Warga SMK Seri Berang

Bulan Mei merupakan bulan untuk Kementerian Pelajaran. Malah mungkin dalam bahasa lain boleh disebut sebagai bulan untuk semua pekerja. Di awal bulan Mei kita dah menyambutnya dengan Sambutan Hari Pekerja, kemudiannya 15 Mei pula merupakan Hari Belia Kebangsaan yang tahun ini disambut di Putrajaya Kuala Lumpur.
Pada Bulan Mei juga bagi institusi pendidikan terdapat pula Sambutan Hari Guru. Kali ini, sebelum sambutan tersebut berlangsung, Kementerian Pelajaran telah menganjurkan Program Gotong Royong Perdana yang melibatkan semua sekolah seluruh Malaysia. Malah SMK Seri Berang turut bersama dalam program ini.
Terima Kasih diucapkan kepada semua pelajar, guru-guru, pembantu makmal,staf sokongan termasuk pekerja Swasta malah kepada pengawal Keselamatan juga yang telah terlibat di dalam satu aktiviti peringkat Nasional ini. SMK Seri Berang jelas kelihatan bertukar 'wajah' dan 'pakaian' hasil dari gotong royong yang diadakan ini. Syabas dan tahniah atas segala sokongan dan dokongan yang setiap ahli warga sekolah yang terlibat dalam program ini. Terima Kasih Semua.

"Proud to be Seri Berian"