Search This Blog

Tuesday, November 8, 2011

A Lil' Too Late Post.. *Sigh*

Harap-harapnya pelajar tingkatan 3,5 dan 6 atas dapat menjawab soalan dengan tenang dan mudah & akhirnya mendapat keputusan yang dikehendaki diri sendiri, keluarga & sekolah.. ^^

Tuesday, April 26, 2011

Second Time

Hey Guys! I’m back! Haha…

Sorry if I somehow annoy you but I feel kind of ecstatic these past few days… Why? Drum rolls please!!!

~Dugeun~! Dugeun~! Dugeun~! Dugeun~! Dugeun~! Dugeun~!

It’s because SiBer will hold a SPORTS FESTIVAL for 2 days starting TODAY! Yup! IT’S TODAY FOLKS! Can’t you feel the excitement?! ^^

The match includes are volleyball, futsal, netball, handball, tug-of-war and so much more! So, never ever let your guards down and start preparing to contribute as many points as you could for your ‘rumah sukan’ (can’t remember the exact phrase for it in English. ;p) be it Putra, Satria, Waja or even Wira.

Besides, some of our friends will be selling all sorts of yummy food and beverage for you to indulge so let’s give them some support yah! ^^

Well, looks like I have to stop now… But hey, no worries because I will always update you guys with the recent things happening here in SiBer, exclusively… ^^ so, just look forward to it…

P/S: Still waiting for my friend to introduce himself to all of you… Hurmm… Wonder when will it be?

Signing off! Tata! ^^

~Balqis

Saturday, March 12, 2011

Hello there! ^^


Assalamualaikum and hello to all who are reading this entry right now..

Firstly, thanks to the one who post the last entry.. It feels great to know that my friend and I are welcome here. *SMILING*

Owh yeah, I should introduce myself first.. Hello again.. (Hehe) I'm Balqis and I'm one of the two blogger mentioned in the last entry ^^. I'm a Form 6 student at SMK Seri Berang, of course. I love blogging because I can express what I usually can't say by mouth.. I'm used to using English when going online so please don't mind yeah? But no worries, I'll use simple English so that you guys can understand and relate to what I'm saying. In this blog, I'll tell you guys about what happen in school by a student's point view (Well in this case, 2 students). I think this is the right way to be more close with you. Yes my friend, YOU!

Hurmm.. I've got so much to say but so little time I've had. (Wonder if I type this sentence right)
So I guess, I'll see you guys next time yeah! Nice meeting you! ^^

Signing off! See yah! ^^~Balqis

P/S: My other friend, Mr.Whatsoeverhisnameis *SMIRKING* will post an entry about himself later so look forward to it. ^^

Wednesday, March 9, 2011

SELAMAT KEMBALI

Salam semua...
mmm sudah agak lama tiada catatan dan 'entry' yang dimasukkan ke dalam blog SMK Seri Berang ini.. sudah bermacam perubahan yang telah berlaku sepanjang setahun blog ini tidak di 'murni' kan, entah macam mana.. mungkin terlampau banyak perkara yang perlu di uruskan atau perlu disegerakan .. maka SMK Seri Berang telah di biarkan hanyut seketika... sekarang dengan azam baru semangat baru INSYAALLAH smk seri berang akan sentiasa mewar warkan semua info semasa.
Bermula hari ini juga, Dua blogger baru akan turut bersama SMK Seri Berang bercerita, berkongsi idea atau segalanya, terima kasih kepada guru yang telah memaklumkan perkara ini dan SMK Seri Berang sentiasa menyokong guru berkenaan untuk membawa dua blogger baru untuk bersama-sama kami.
Perubahan baru dari dua blogger dari kalangan pelajar mungkin akan membawa nafas baru atau 'style' baru 'kisah' smk seri berang.... mungkin maklumat dan berita akan kita tatapi dari sudut berbeza pula...

JOM, kita meriahkan sudut ini pula setelah Facebook SMK Seri Berang agak meriah sekarang ini..
TERIMA KASIH SEMUA... SELAMAT BERBLOGGER

Sunday, November 21, 2010

SELAMAT KEPADA SEMUA PEJUANG

Ayuh seluruh pahlawan dan semua pendekar SiBer. Setelah hampir sebelas purnama untuk 2010 dan hampir 5 tahun kalian telah diberi pelbagai tektik, teknik, dan jurus yang sepatutnya digunakan, nah bermula selasa 23 nov inilah masanya untuk setiap daripada kalian menggunakan kembali. Gunakanlah segala kebijaksanaan dan kepandaian itu. curahkan kembali di dada kertas, catatkan semula semua dan gunakan semula 'jurus2' itu menyelesaikan semua soalan2 yang diberi.
Kalian semua wahai pendekar2 ku seharusnya bertuah. SMK Seri Berang mempunyai berpuluh 'mahaguru' yang telah selama ini melahirkan ratusan pendekar yang telah berada hampir disetiap ipta, ipts seluruh negara. Malah ada yang sekarang berada di luar negara hanya hasil didikan SMK Seri Berang, sebuah sekolah harian biasa di Hulu Terengganu.
Tahun 2010 kini tibalah giliran anda sekalian untuk meneruskan kesinambungan ini. Hasilnya bukan untuk kami, tapi hanya untuk kami jualah...
apa yang boleh direnung dan diingati.. adalah...
"kenapa dengan sekolah yang sama, dengan guru yang sama, pada waktu pengajaran yang sama, rakan anda boleh berjaya, atau abang dan kakak terdahulu boleh berjaya... kenapa aku tak boleh lebih baik dari mereka...."

atau... ingatlah...
guru2 pada setiap tahun sebenarnya tidak pernah kurang mencurahkan ilmu dan pengetahuan mereka, tetapi apabila bertambahnya setahun usia pengajaran guru, mereka sebenarnya menjadi lebih hebat dengan pengalaman, hasilnya... anda seharusnya memberikan result yang lebih hebat....

AYUHHHHHH...... semua warga SMK SERI BERANG...

kita langkahi dengan gagah.. demi untuk kejayaan.. insyaallah..

Tuesday, May 25, 2010

MISI BERMULA

Hari ini bermulalah misi kita bagi pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 menghadapi peperiksaan pertengahan tahun atau OTI2. Peperiksaan ini yang telah beberapa hari bermula bagi pelajar menengah atas sejak beberapa hari lalu.
Bagi kumpulan pelajar di sesi petang, harapannya supaya sentiasa fokus dan menyedari kita mempunyai satu misi sendiri bagi peperiksaan kali ini. Pada dua peperiksaan yang lalu kita telah mampu mencipta dan berjaya mencapai sedikit dari misi kita tetapi kali ini untuk Peperiksaan OTI2 kita mempunyai sasaran dan misi yang lebih besar untuk kita capai. Sesungguhnya tiada yang mustahil untuk dicapai. Usaha dan kesungguhan merupakan satu komitmen dan janji untuk mencapai apa yang kita hajati. Ayuh semua pelajarku, mari kita terus kehadapan.. kita buktikan, kita juga mampu berada di kelompok berkaitan. Mari kita bersama-sama untuk matlamat ini kerana kita sememangnya antara pelajar cemerlang yang BOLEH cemerlang.

BYE BYE ABG ZUL

Selamat jalan Abang Zul dan Selamat datang Kak Sham. Setelah sekian lama abg Zul di pejabat sekolah bersama kita, membantu pihak sekolah dan pelajar dalam pelbagai aktiviti dan acara, malah abang zul yang sering menghiburkan kita dengan nyanyiannya, mungkin selepas ini semuanya hanyalah kenangan. Bermula dari pertengahan Mei yang lalu Abg Zul, kakitangan pejabat kita akan bertukar ke sekolah kebangsaan Kuala Ping dan digantikan dengan Akak Shamsiah Abdullah dari SK Telaga. Kami mengucapkan selamat jalan kepada Abang Zul, terima kasih atas segala sumbangan dan keringat mungkin segala komitmen yang telah Abg Zul curahkan selama ini kepada kami dan pihak sekolah. Harapan kami semoga Abang Zul gembira dengan 'pilihan' baru nya dan jangan lupakan kami. Maafkan kami jika selama ini ada tutur kata, tingkah bicara dan mungkin juga senda yang menguris hati Abang Zul. Selamat maju jaya abang zul.
Kepada Akak Shamsiah, selamat datang kami ucapkan, selamat menjadi warga kami dan terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian dari 'keluarga' kami.

TA TA TA BYE BYE BYE Abang Zul, Ahlam wA sALAM aKAK shAMSIAH

Sunday, May 23, 2010

MISI HARI GURU 2010

Sempena sambutan hari guru yang akan diadakan, Pejabat Pelajaran Hulu Terengganu telah mengadakan beberapa pertandingan khas kepada semua sekolah yang berada di Daerah Hulu Terengganu. Pertandingan ini merupakan suatu tradisi yang melibatkan sekolah menengah dan sekolah rendah Daerah Hulu Terengganu. Terdapat hampir 16 kategori pertandingan antaranya seperti Kelas Paling Kondusif, Pusat sumber Terbaik, Tandas Terbaik, Kanting Terbaik, lanskap Terbaik, Kelas Prasekolah Terbaik, Pejabat dan Bilik Guru Terbaik,asrama Terbaik, SKM Terbaik, Kelas Pemulihan Terbaik, Surau Terbaik, Bilik Bimbingan dan Kaunseling Terbaik, Bilik Kesihatan Terbaik, Bilik Bos Terbaik, Kelas PKIBP terbaik dan Bilik Makmal Komputer Terbaik.
Pertandingan ini juga telah menetapkan pelbagai kriteria tertentu yang akan menentukan sesebuah sekolah itu akan berjaya memenangi setiap kategori yang dipertandingan. Bagi sekolah menengah, pertandingan ini akan diadili secara zon bagi pemilihan yang pertama. Johan bagi zon akan melayakkan sesebuah sekolah untuk keperingkat seterusnya.
SMK Seri Berang sememangnya sentiasa serius dalam setiap pertandingan. Pernah memenangi banyak kategori yang telah dipertandingkan, maka misi 2010 pada kali ini adalah memastikan SMK Seri Berang akan memberikan persaingan yang sengit kepada sekolah-sekolah lain bagi setiap kategori tersebut, terutama kategori yang layak untuk SMK Seri Berang pertandingkan.
Hari ini, telah hadir tiga kumpulan hakim peringkat kedua yang menandakan SMK Seri Berang telah menang peringkat peringkat zon untuk ke peringkat seterusnya. Antaranya adalah Landskap terbaik, Kelas Kondusif, Makmal Komputer terbaik dan Bilik Kesihatan Terbaik. Hakim-hakim yang hadir kali ini merupakan pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah yang telah ditetapkan setiap kategori masing-masing untuk diadili, antaranya ialah En Mat Hassan bin Mat Rahim (Landskap), En Arifin dan En Azman Mohd Nor (Makmal Komputer dan Kelas Kondusif) serta Tn Hj Hamshuhaimi bagi Bilik Kesihatan.
Kita juga sedang menantikan Hakim bagi menilai Kelas PKIBP yang bertanding bagi sekolah-sekolah yang mempunyai aliran berkenaan dan beberapa kategori lain.
Kita juga sedar, bahawa 'nombor satu itu hanya satu' namun kita sentiasa akan memberi persaingan maksimum kepada sekolah-sekolah lain bagi ketegori berkaitan. Apa yang penting adalah, jika kita menang, kita ingin memastikan kemenangan kita adalah 'kemenangan bergaya' dan jika walau kita tewas, kita akan pastikan, 'tewas' kita adalah setelah melawan dengan segala persaingan secara 'anak jantan'

Tahniah dan terus maju seri berang

"proud to be Seri Berian"