Search This Blog

Sunday, February 28, 2010

Hari Bertemu Pelanggan

Pengumuman kepada semua komuniti dan masyarakat sekitar Kuala Berang. Hari Bertemu pelanggan SMK Seri Berang untuk Bulan Mac akan diadakan seperti jadual berikut:

Hari : Rabu
Jam : 11 - 1 Tengahari
Tarikh : 3 Mac 2010
Tempat : Dewan Gemilang, SMK Seri Berang

Semua Dijemput Hadir, terutama Ibu bapa / Penjaga

Friday, February 26, 2010

Pembimbing Akademik Geografi PMR 2010

Tahniah diucapkan kepada semua Fasilitator Pembimbing Akademik Form Four To Form Three (F4TF3) Geografi PMR 2010 kerana telah berjaya menunaikan tanggungjawab sosial kepada adik-adik tingkatan 3. Program yang berlangsung pada 4 & 5 Februari 2010 yang lepas adalah sebagai penghargaan sekolah atas kejayaan mereka memperoleh pencapaian cemerlang ”A” dalam mata pelajaran Geografi PMR tahun 2009. Program ini juga diharap mencapai objektif seagaimana berikut;

1. Menggerakkan pelajar supaya sentiasa bersedia untuk belajar mata pelajaran Geografi,
2. Memberi pendedahan kaedah dan semangat kepada pelajar Tingkatan 4 membimbing pelajarTingkatan 3.
3. Memberi penghargaan dan rasa kebertanggungjawaban pelajar Cemerlang Geografi Tahun 2009 kepada pelajar PMR 2010.
4. Menjadikan perkongsian ilmu dan kemahiran sebagai budaya yang segar dalam kalangan pelajar SMK Seri Berang.
5. Mempastikan pencapaian mata pelajaran Geografi PMR 2010 meningkat secara berganda.


Sebagai menghargai sumbangan mereka membimbing pelajar tingkatan 3 tahun ini dan menghargai pencapaian cemerlang mereka tahun 2009 maka pada 28 Februari 2010 jam 2.00 petang mereka akan dijemput kemajlis jamuan dan penyampaian sijil.

Thursday, February 25, 2010

Tahniah Aishah


Tahniah kepada Siti Aishah Latif, Pelajar kita yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM 2009. Warga SMK seri Berang juga mengucapkan tahniah kepada semua pelajar lain yang turut berjaya dalam peperiksaan berkenaan. Kepada pelajar yang mungkin mendapat keputusan yang kurang daripada jangkaan asal, harapan kami, jadikan ia sebagai pendorong semangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang mungkin akan diperolehi dalam bentuk yang berbeza. Pencapaian keputusan peperiksaan yang cemerlang sahaja bukanlah merupakan satu 'penamat dunia' tetapi inilah asam garam kehidupan yang hadir sekejap memberikan keceriaan atau penawar kepada setengah golongan manusia. Mungkin juga boleh merupakan satu 'serangan' yang menyakitkan kepada setengah manusia yang lain.
Walau apa pun keputusannya, nasihat kami yang lebih penting adalah sedaya mana anda bijak mencari dan mengekplotasikan kehidupan untuk kejayaan anda yang lebih gemilang daripada keputusan anda yang cemerlang. Malah anda harus juga bermuhasabah diri, adakah dengan keputusan yang mungkin seharusnya anda boleh capai lebih baik atau tidak segemilang keputusan sahabat yang lain, maka anda terus mengalah, berundur dan biarkan hanya takdir menentukan nasib diri anda tanpa sebarang usaha mencari satu kejayaan lain yang boleh dibanggakan. Ingatlah semua bekas pelajar SMK Seri Berang, kami warga guru sebenarnya sentiasa mengiringi kejayaan dan berdoa supaya setiap pelajar kami berjaya menjadi 'orang' di 'luar' bersama masyarakat

PERJUANGAN BERMULA

Pasukan Bolasepak SMK Seri Berang akan menyertai Kejohanan Bolasepak MSSDHT yang diadakan pada 25 dan 27 Februari 2010 di Padang Bolasepak Belia Kuala Telemong. Pasukan bolasepak SMK Seri Berang mengandungi 15 orang pemain di bawah En Shahrolnorakman dan dibantu oleh En Shamsuddin sebagai pengurus pasukan. Pasukan kita akan bertemu dengan pasukan dari SMK Kuala Telemong pada jam 3.10. Pasukan kita juga dijangka akan bertemu dengan pasukan SMK Imtiaz, Kuala Berang pada perlawanan kedua pada jam 5.50 petang.
Ayuh, semua warga kaum kerabat SMK Seri Berang berikan sokongan anda kepada pasukan kita. Ingatlah, anda juga merupakan pemain ketiga untuk pasukan SMK Seri Berang sebagai penyokong dan pembakar semangat....

Selamat Berjuang dan semoga berjaya TEAM BOLASEPAK SMK SERI BERANG

update...5.00 pm

Perlawanan Pertama
SMKSB vs SMK Telemong
Keputusan Seri 1 - 1

update... 7.00 pm

Perlawanan Kedua
SMKSB vs IMTIAZ
Keputusan.. Menang 5 - 0

TAHNIAH SMKSB

TRAMPIL UNGGUL GEMILANG

SIJIL SPM TAHUN 2008

Pihak sekolah telah menerima sijil SPM Pelajar SMK Seri Berang Tahun 2008 pada 11 Februari 2010.Sijil tersebut telah diserahkan oleh unit peperiksaan PPDHT. Kepada semua bekas pelajar SMK Seri Berang yang hendak mengambil sijil SPM Tahun 2008 boleh didapati di Pejabat SMK Seri Berang pada waktu pejabat melalui En Shaari bin Jusoh.

Semoga anda semua terus Cemerlang, Gemilang dan Terbilang

Sasaran 2010



Semenjak awal bulan Febuari 2010 seperti kebiasaannya SMK Seri Berang yang sentiasa berusaha untuk memastikan setiap pelajar mereka berjaya dalam peperiksaan telah memulakan sesi kelas tambahan di setiap petang dan waktu malam. Komitmen guru-guru terhadap pencapaian untuk kecemerlangan pelajar di sebalik semua kesibukkan lain tetap menjadi agenda utama. Inilah merupakan kunci utama kejayaan dan pencapaian setiap pelajar SMK Seri Berang selama ini. Walaupun kelahiran sekolah ini masih diusia 'setahun jagung' tetapi 'kemenjadian' pelajarnya tetap boleh dibanggakan. Seri Berang hanyalah sebuah sekolah harian biasa yang berada di sebuah daerah Hulu Terengganu namun bekas pelajar-pelajarnya sekarang telah berada hampir di setiap pelusok negara dan telah menembusi hampir setiap IPTA dan IPTS negara. Malah sebagai guru, kami turut berbangga apabila diberitakan pelajar kami kini turut berada di beberapa universiti luar negara setaraf dengan pelajar-pelajar sekolah luar yang lebih 'senior'.

SEKITAR KEM SOLAT DI HARI PERTAMA






Alhamdulillah, itulah antara perkataan yang boleh disuarakan. Perjalanan kem solat di hari pertama berjaya dijalankan. Semua fasillitator yang juga merupakan guru-guru SMK Seri Berang nampaknya bertungkus lumus memastikan setiap seorang dari pelajar telah benar-benar menguasai satu fardhu islam yang sangat utama ini.

Wednesday, February 24, 2010

KEM SOLAT TINGKATAN 1


Hari ini 24 hingga 25 Febuari 2010, pelajar sesi petang akan mengikuti kem solat yang diadakan di dewan gemilang sekolah. Program yang melibatkan semua pelajar tingkatan 1 ini telah disusun oleh Kaunselor Pelajar sesi petang, Pn Julaini Marzuki dengan dibantu sepenuhnya oleh Ustz Norkasimah Salleh. Menurut mereka, program berkenaan telah disusun dengan membahagikan pelajar berkaitan kepada 13 kumpulan LDK yang akan dibimbing oleh guru-guru sesi petang sekolah. Pelajar ini akan dilihat dan mempraktikkan semua perbuatan dalam sembahyang fardhu yang termasuk mengambik wuduk dan bacaan dalam sembahyang. Selain itu, amali dan sesi praktikal berkaitan tatacara sembahyang seperti masbuk dan muafiq juga akan didedahkan.
Harapan kami selepas kem ini, pelajar akan arif dan boleh menunaikan solat lima waktu ini dengan kaedah dan cara yang betul, Insyallah.

selamat datang ke SMK Seri Berang

selamat datang kepada semua pengunjung blog smk seri berang. Blog yang dibangunkan ini adalah sebagai satu usaha untuk memaklumkan kepada pelajar dan semua pengunjung blog perihal perkembangan dan peristiwa yang telah/sedang dan akan berlaku di smk seri berang